Pantun Patriotik

Langkah sumbang sindirkan lantai,
Binasa badan bicara tak kawal,
Pinggirkan ketuanan negara tergadai,
Hilang maruah bangsa terjual.


Tanah ini Tanah Melayu,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
Pertahankan negara, pertahankan hak bangsa.


Pergi ke kedai tergesa-gesa
Hendak membeli gula Melaka
Malaysia maju rakyat sentosa
Negara aman bebas merdeka


Sesak sungguh di kaki lima
Penat berjalan sakitlah peha
Malaysia Boleh slogan bersama
Asalkan ada daya usaha


Terketar-ketar si penjual roti
Hendak seberang sebatang titi
Berbudi bahasa hormat menghormati
Jadilah warga elok pekerti


Pakai TMNEt jalur lebar
Yuran mahal tak sia-sia
Jalur Gemilang megah berkibar
Simbol perpaduan rakyat Malaysia


Dapur kotor mahu disental
Habis tertumpah kuah laksa
Jatidiri hendaklah kental
Semangat waja membangunkan bangsa


Bahasa Melayu ejaan rumi
Mula belajar di rumah lagi
Agama Islam agama rasmi
Rukunegara wajib patuhi


Masuk hutan menembak rusa
Nikmat rezeki Tuhan kurnia
Marilah bersama membuat jasa
Malaysia harum di persada dunia

Anak Kecil main api

"hoi bumiputra malaysia !!! dengar ini"

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Berdoalah

Ketika makan, berdoalah
semoga mengenyangkan dan mendapat berkah
mengisi tenaga kembali tuk bekerja dan beribadah


Ketika berangkat, berdoalah
walau sekedar dengan lafaz bismillah
ketika awal kaki melangkah


Ketika berjumpa, maka doa berbagilah
semoga keselamatan dan rahmat terlimpah
berjabat tangan menghapus dosa hingga berpisah


Ketika bekerja, berdoalah
meminta segala urusan semoga dipermudah
agar diri tak perlu berkeluh kesah


Ketika kembali, berdoalah
saat mengetuk pintu lantas masuk ke rumah
agar disambut senyum ramah hingga hilanglah rasa lelah


Ketika menutup mata, berdoalah
semoga setiap detik yang terlewati bernilai ibadah
dan bila mata tak terbuka lagi maka tiada rasa sesal dan bersalah


Ketika mata dibuka kembali, berdoalah
seraya lisan berucap ringan sebuah hamdalah
memulai hari baru untuk mengejar jannah

5 Minit Mencari (mat togeh)


7 Wasiat Raja Melayu

1.Kami namakan & panggil akan dia,bumi yang kamu pijak & langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu(sekarang dikenali dengan nama Melaysia)
2.Kami istytiharkan & simpan untuk anak cucu kami kamu,selain gunung ganang,tasik & hutan simpan,tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.Bagi menjaga kamu & bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu,kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam Negara & ancaman dari luar Negara.
4.Kami kekalkan & kami jamin kerajaan & kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara ini.
5.Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan.
6.Kami tetapkan Bahasa Kebangsaaan ialah Bahasa Melayu.
7.Kami amanahkan & kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu & kepentingan sah kaum-kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah & Serawak)